Isnin, 9 Februari 2009

ADAKAH ANDA DEWASA???

Anda tentunya dewasa dan matang bila
  1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai
  2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa
  3. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung
  4. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasatidak sewajar dengan mereka
  5. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapatperkara yang anda fikir boleh dapat
  6. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidakdapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain
  7. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekelilingmenghalang maksud anda
  8. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannyaAnda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  9. Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati
  10. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu,tanpa merasa malu
  11. Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif
  12. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna
  13. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya
  14. Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai
  15. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur
  16. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idamans etiap wanita
  17. Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lainsekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur

ADKAH ANDA SUDAH DEWASA,FIKIRKAN LAH

1 ulasan: