Selasa, 10 Februari 2009

TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS





CAMERON HIGHLANDS TEMPAT PALING BEST UNTUK DIKUNJUNG


Hai
salam sejahtera anda semua hari nie saya nak cerita tentang satu tempat perangginan yang terkenal dia Malaysia iaitu CAMERON HIGHLANDS yang terletak di Negeri Pahang.Sebenarnya saya juga berasal dari Cameron Highlands anak jati Cameron highlands lah kata kan,hehehe

Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

SEJARAH CAMERON HIGHLANDS

Sejarah Cameron Highlands bermula apabila seorrang pegawai Inggeris yang bernama William Cameron membuat tinjauan pemetaan di cameron highlands pada tahun 1885 dan mendapati cameron highlands adalah satu tempat yang sangat menarik dan mempunyai berjuta-juta khazanah alam yang tidak ternilai.Beliau lah yang membuka Cameron highlands pada tahun 1885,Dan nama beliau telah disemadiakn dengan nama tempat yang beliau jumpai Cameron namanya dan Highlands yang bermaksud tanah
tinggi

KEISTIMEWAAN TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang melayu yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan Homestay untuk para pengunjung.Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

PEKAN-PEKAN DI CAMERON HIGHLANDS
Cameron Highlands adalah bandar yang kecil dan hanya mempunyai 9 bandar utama iaitu

-Ringlet (5,165 HEKTAR)
-Lembah
-Bertam

-Tanah Rata (2,081 HEKTAR)CAPITAL
-Brinchang
-Kea
-Farm

-Tringkap
-Kuala Terla
-Kampung Raja
-Blue
-Valley

Yang mana di utara nya ialah Bandar Blue valley yang menghubungkan jalan ke IPOH dan jalan ke GUA MUSANG,kelantan,manakala di selatan nya pula Ringlet jalan yang menghubungkan ke Tapah,Perak

TARIKAN-TARIKAN YANG MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

-Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
-Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
-Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap,k.terla
-Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
-Kebun Buah Strawberry.
-Taman rama-rama.
-Tokong Sam Poh di Brinchang
-Jungle Trekking
-Pasar Sayur dan Pasar malam
P/S .-Pasar malam hanya akan dibuka pada hari sabtu dan jumaat,dan juga akan dibuka
Pada hari cuti umum
-Rose centre,cactus valley,taman rama-rama akan dikenakan yuran masuk yang
Murah dan berpatutan
-Untuk penggemar hutan anda boleh memasuki Jungle Trekking dan menikmati
Sendiri nikmat di hutan semulajadi(pastikan anda memakai pakain bersesuaian)

PENGINAPAN DI CAMERON HIGHLANDS

Terdapat banyak hotel di Cameron highlands yang memenuhi kehendak pengguna mengikut bajet dan citarasa dari satu bintang hingga yang tak berbintang
Antaranya:;
-Heritage Hotel
-Century Pines Resort
-Equtorial Hill Resort
-Rosa Pasadena
-Casa De La Rosa
-The Smoke House
-The Lake House
-Iris House
-Star Regency
-Rainbow Hotel
-Shazan Inn
-Strawbery Park Resort
-Cameron Highlands Resort (sebelumnya Merlin Inn Resort)
-Hillsview Hotel
-Kavy Hotel (Budget Hotel)
-Sri Pahang House

PARLIMEN DI CAMERON HIGHLANDS

Parliament -P78

NAMA KERUSI -Cameron Highlands
AHLI PARLIMEN -Devamany S. Krishnasamy
PARTI -BN


Parliament -P78 -

NEGERI -N1
NAMA KERUSI -Tanah Rata
State Assemblyman -Ho Yip Kap
PARTI -BEBAS


Districts of Pahang Darul Makmur
Cameron HighlandsTanah Tinggi Cameron

District seat
Tanah Rata
District officer
Mohamad Noor Rani
Area
- Total
712 km²
Population
- 2006 estimate
34,800
- Density
48.87/km²

''berkebun amalan sihat,inilah saya sedang berkebun''

link berguna tentang cameron highlands

http://www.cameronhighlands.com.my/
http://camerononline.com.my/

http://visitcameronhighlands.com/

Saya harap anda semua dapat faedah dari apa yang telah saya karang ini,jikalau ada sebarang pertanyaan atau comment,jangan lupa tinggalkan komen anda.Saya akan balas nya dengan secepat mungkin..saya pasti anda tidak akan rugi kalau datang ke Cameron highlands.jikalau anda ada pertanyaan tentang cameron atau mahu pendapat tentang hotel atau tempat menarik tentang cameron highlands komen lah saya atau anda juga boleh email saya dia alamat

bhaisamreet@yahoo.com.my

tq

Chairman
iqbal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan